Waking or Bulging: Cara ini adalah membaling umpan ke arah yang dikehendaki dan mengaraunya dengan pantas supaya spinner berada di permukaan air sekali gus akan mewujudkan riak air (wave).
Jigging-It: cara ini satu lagi cara berkesan menggunakan spinner bait. Kaedah ini adalah membaling ke arah yang diperlukan seperti kawasan air berumput rampai dengan membiarkan ia tenggelam dan mengangkat hujung joran naik turun di antara dua dan tiga kali.
Terdapat banyak lagi kaedah menggunakan spinner bait. Saya rasa cara di atas paling sesuai. Apa yang penting adalah kita perlu berlatih menggunakan kaedah ini dan yakin semua ikan pemangsa akan memakan umpan ini. Saya pernah mendapat toman, haruan, sebarau, baung, pacu malah ketutu menggunakan kaedah ini.
Crank bait pula ialah umpan tiruan yang terbaik digunakan memancing ikan yang aktif. Ia diperbuat daripada plastik keras, logam dan kayu. Cara penggunaannya dengan menentukan pergerakannya beraksi tidak tentu arah (action appear erratic) untuk menarik perhatian ikan pemangsa. Di sini saya kemukakan beberapa tip cara, warna di mana dan bila perlu digunakan.
Logam (metal): Penggunaan di kawasan air jernih antara 1.5 hingga 3 meter. Amat sesuai untuk menunda dan membaling. Warna emas, merah dan krom sesuai digunakan.
Shallow diver: Penggunaan di kawasan air yang gelap atau keruh antara 30 hingga 90 cm. Amat sesuai pada kawasan dasar berpasir dan selut. Warna yang sesuai merah, putih dan kuning kemerahan.
Medium diver:, Penggunaan di kawasan air yang gelap atau keruh antara 1.2 hingga 1.8 meter. Amat sesuai di kawasan dasar berpasir dan selut. Warna yang sesuai merah, putih dan kuning kemerahan.
Deep diver: Penggunaan di kawasan air yang jernih atau keruh antara 1.8 hingga 4 meter. Amat sesuai di kawasan dasar berpasir atau selut, berbatu dan kayu. Warna sesuai merah, emas, putih, perak, logam dan kuning kemerahan.