Umpan Tiruan #1
Spinner bait adalah umpan tiruan dengan satu atau lebih bilah (blade) yang berputar apabila umpan itu dikarau. Terdapat juga reka bentuk berjurai dipanggil janggut atau replika ikan yang bermata kail. Tujuan spinner bait menarik perhatian ikan dengan kilauan pergerakan bilah dan pergerakan umpan tiruan. Bagi saya, spinner bait adalah umpan terbaik memancing ikan air tawar. Terdapat beberapa cara menggunakan umpan itu:
Chunk-N-Wind: Baling dan karau ini dipraktikkan kebanyakan pemancing dengan melontar (cast) dan dikarau pada tahap sederhana. Umpan ditentukan berada di bawah permukaan air – antara 5 cm hingga 1 meter dalam. Cara ini dilakukan sekiranya kita perlu mencari ikan di kawasan yang luas dan ia amat berkesan.
Slow-rolling: Digunakan apabila memancing di kawasan air yang dalam antara 1.8 meter hingga 4 meter atau lebih dalam. Bagi kaedah ini, kita perlu biarkan balingan spinner bait tenggelam ke dasar dan mengaraunya perlahan lahan bagi memastikan spinner itu bergerak setiap masa.

<< Home